Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:59 0

PERSEKUTUAN Gimnastik Malaysia (MGF) mengakui tindakan tidak menghantar wakil ke saingan kelayakan Olimpik di London, minggu lalu amat merugikan namun mereka mempunyai alasan tersendiri.

Setiausaha Kehormat MGF, N Shanmugarajah, berkata meskipun gimnas beranggapan mereka mampu melepasi had kelayakan pada kejohanan dunia di London itu tapi pihaknya yakin skuad negara tidak kompetitif.





“Kami lebih mengetahui kemampuan gimnas. Bukan enggan hantar tapi keadaan mereka yang masih belum cergas sepenuhnya untuk saingan utama itu yang sememangnya menjadi medan kelayakan terakhir ke Olimpik selepas yang pertama iaitu Kejohanan Dunia di Tokyo, Oktober tahun lalu.

“Dengan ini, dukacita dimaklumkan kita tidak mempunyai wakil acara artistik ke Olimpik tahun ini. Tiada apa yang boleh dilakukan kerana gimnas semuanya dihimpit isu kecederaan. “Tidak dinafikan mereka sudah pulih ketika ini, cuma masih belum cergas sepenuhnya ke saingan kelayakan itu minggu lalu,” katanya sambil menambah, sinar kejayaan di Olimpik kini ditumpukan kepada gimrama.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button