Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:02 0

PENANGGUHAN perlawanan yang dijadualkan berlangsung sebelah petang ke malam akibat padang digenangi air memberi tekanan buat pasukan Kuala Lumpur ketika berdepan PKNS Selangor, kelmarin.

Ketua jurulatih, Razip Ismail berkata selepas menunggu sejak jam 3 petang kerana perlawanan berlangsung jam 4.45 petang, akhirnya ditunda sebelah malam.



Menurutnya, tempoh menunggu panjang itu amat meletihkan pemain selepas kedua pasukan terpaksa menunggu air yang bertakung surut untuk membolehkan perlawanan dilangsungkan.

Apa pun penangguhan perlawanan itu menjejaskan fokus pemainnya.





Baginya, bukan sahaja mental terganggu malahan pasukan lawan juga mengalami masalah sama.



Mengulas perlawanan, Razip berkata, beliau gembira ia berakhri dengab keputusan seri 1-1.


“Pemain menunjukkan semangat juang tinggi dan menggunakan kemahiran mereka walaupun berdepan lawan yang memiliki beberapa pemain berpengalaman dan import,” katanya.



Razip berkata, sekiranya mereka lebih fokus, tidak mustahil pasukan mampu mengutip tiga mata.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button