Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

13:37 0



LONDON: Penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez dilaporkan membayar elaun mingguan sejumlah RM31,000 kepada kekasihnya juga penari Casper Smart.
Penyanyi berusia 42 tahun itu dikatakan mula menjalin hubungan dengan Smart, 24, selang beberapa minggu selepas bercerai dengan suaminya yang curang iaitu penyanyi Marc Anthony pada Julai tahun lalu.
“Jen tidak suka untuk menggunakan kad kreditnya setiap kali mereka keluar makan malam bersama. Dia berpendapat adalah lebih mudah apabila dia memberikan Casper gaji mingguan USD$10,000 (RM31,000) iatu RM124,000 sebulan adalah jumlah yang munasabah.
“Jen tidak mahu terlalu memanjakan kekasihnya itu dengan wang yang banyak.
“Namun, dia juga berharap Casper tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang tersebut dengan bijak seperti membelikan hadiah untuk anak-anaknya atau mengaturkan percutian mengejut pada hujung minggu,” kata satu sumber yang dipetik showbizspy.com

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button