Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

11:46 0

Hakim mesti bebas sepenuhnya


Oleh THOMAS CHONG

pengarang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada 128 hakim-hakim dari seluruh Malaysia yang menghadiri Persidangan Tahunan Majlis Hakim-Hakim Malaysia 2012 di Putrajaya, semalam.



PUTRAJAYA 15 Jan. - Para hakim diingatkan untuk memastikan diri mereka membuat keputusan yang bebas daripada sebarang pengaruh termasuk dari suami isteri atau hakim yang lain.


Ketika membuat peringatan itu Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria berkata, mereka perlu mengekalkan kebebasan dan bukan sahaja daripada cabang eksekutif tetapi juga dari kemungkinan lain termasuk oleh pasangan hidup.


'' Jangan bincang kerja anda dengan pasangan anda, kita perlu berhati-hati dan perlu bebas daripada semua pengaruh," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Tahunan Majlis Hakim-Hakim Malaysia 2012 yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.


Seramai 128 hakim dari seluruh negara telah menghadiri persidangan tersebut yang diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun.


Persidangan tersebut diadakan untuk membolehkan para hakim bertukar-tukar fikiran mengenai perkembangan undang-undang dan pentadbiran bagi memantapkan badan kehakiman negara.


Selain itu, Arifin juga meminta para hakim yang tidak berprestasi supaya meletak jawatan secara sukarela.


Beliau berkata, adalah sangat mengecewakan apabila terdapat hakim yang tidak bertindak balas terhadap tempoh masa penulisan penghakiman yang diberikan.


''Hakim perlu menunjukkan prestasi seperti dijangkakan dan mereka yang tidak berprestasi akan dikenakan tindakan.


''Anda juga perlu jujur kepada diri sendiri, jika anda tidak boleh menunjukkan prestasi maka anda seharusnya letak jawatan dan meninggalkan bidang ini," katanya.


Arifin juga mahu semua hakim mengisytiharkan harta yang dimiliki mereka di dalam dan luar negara sebagai usaha untuk menunjukkan badan kehakiman telus dan berintegriti.


Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaksanakan langkah terbaru itu.


''Saya bagaimanapun yakin bahawa kita semua tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan (mengenai langkah pengisytiharan harta ini)," katanya.


0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button