Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:44 0

MANCHESTER: Alex Ferguson memberi sokongan kepada Paul Scholes untuk membuktikan segala kritikan yang dilemparkan kepadanya salah selepas pemain tengah veteran itu meraikan kepulangannya daripada persaraan dengan menjaringkan gol ketika Manchester United menang 3-0 ke atas Bolton.


Scholes menjaringkan gol perlawanan liga di Old Trafford yang pertama sejak membolosi gawang Fulham pada Februari 2009 dan yang pertama dalam mana-mana kejohanan sejak menghasilkan gol menentang lawan yang sama di London pada Ogos 2010.




Beraksi dalam perlawanan pertama dalam tempoh lapan bulan, bekas pemain antarabangsa England berusia 37 tahun itu membuktikan apa yang tiada dalam skuad Red Devils ketika tewas di tangan Blackburn dan Newcastle dalam dua perlawanan terakhir mereka.


Namun jaringan pembukaan pada minit ke-45 itu dalam aksi semalam itu adalah gol ke-103 liga dalam kariernya serta tepat pada masanya apabila kemampuan Scholes diragui sehingga keputusan Ferguson memanggil semulanya dikritik hebat.




“Dia mempunyai naluri penjaring gol seperti yang dia miliki sejak kecil. Dan dia melakukan sekali lagi,” kata Ferguson.




“Dia sungguh selesa beraksi di bahagian tengah untuk mengawal permainan.



“Dia antara pemain terbaik United. Ada yang mengkritiknya sebelum ini namun bila anda melihat aksinya dan kualiti yang dimilikinya, anda pasti dapat memahami.




“Dia berlatih dengan gigih beberapa minggu lalu dan kami menurunkannya pada masa yang sesuai. Dia memberikan kami aksi terbaik selama sejak dan menjaringkan gol.” Jaringan Scholes gol itu dianggap penting selepas Wayne Rooney gagal menjaringkan sepakan penalti pada pertengahan babak pertama, kegagalan keempat dalam lapan sepakan penalti terakhirnya.



Danny Welbeck dan Michael Carrick menambah jaringan pada separuh masa kedua bagi memastikan kemenangan selesa buat United yang kembali berkongsi kedudukan di tangga teratas Liga Perdana dengan pasukan jiran, City menjelang pertembungan pasukan pendahulu itu ke Wigan awal pagi tadi.




Mengenai kegagalan Rooney menyempurnakan sepakan penalti, Ferguson berkata: “Rooney tidak beraksi baik ketika ini namun dia boleh melakukannya lebih baik.




“Saya fikir kegagalannya menjaringkan sepakan penalti sedikit mengecewakannya. Namun Welbeck beraksi cemerlang dan gandingannya bersama Rooney berhasil.” - AFP




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button