Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

10:13 0


KOTA BHARU - Ahli-ahli Pas perlu mencontohi keberanian bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang bertindak kerana takut kepada ALLAH dan bukannya sesama sendiri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Pas perlu takut kepada hukum ALLAH sekiranya mereka benar-benar berjuang berlandaskan Islam seperti yang dilaungkan-laungkan.

“Jika Pas takut kepada ALLAH mereka kena berjuang. Macam Hasan beliau berjuang habis-habisan dan dia tidak takut kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Inikah parti Islam yang sebenarnya dilihat takut

kepada DAP? Sebab itulah, kerana takut kepada ALLAH, dia (Hassan) berani dipecat daripada Pas,” katanya sempena Majlis Gelombang Merah 2.0 Amanat Khas Tok Pa yang diadakan di sini, semalam.

Mustapa berkata, beliau tidak boleh menerima pertikaian berhubung siapa layak menjadi Perdana Menteri sehingga ada yang masih menyokong individu dikaitkan dengan skandal menjadi pilihan bagi menerajui negara selepas Pilihan raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

“Itulah sebabnya Hasan menyatakan lebih layak adalah Abdul Hadi yang berilmu, baik dan tidak terlibat dengan skandal, bukannya Anwar Ibrahim,” katanya.

Hassan dipecat keahliannya minggu lalu disebabkan beberapa kenyataan yang beliau keluarkan dilihat melawan arus pucuk pimpinan parti.

Mustapa turut meminta Pemuda Umno di negeri ini supaya lebih aktif dan melakukan jihad untuk memberi kesedaran kepada rakyat bagi mengelak terus terpengaruh dengan perjuangan Pas.

“Banyak program penerangan yang perlu dilakukan, supaya rakyat tidak terus teraniaya dan negara dapat diselamatkan,” katanya.



www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button