Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:08 0

KAPTEN Selangor, Mohd Amri Yahyah yang memburu hadiah hari lahirnya pada perlawanan menentang Sarawak, menggesa rakan sepasukan memberikan sepenuh tumpuan terhadap kekuatan dimiliki mereka apabila melayan kunjungan skuad Ngap Sayot itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Walaupun sedar kehadiran penyerang import amat diperlukan Merah Kuning, pemain yang mewakili Selangor sejak 2001 itu percaya kemampuan rakan sepasukannya yang mempunyai pengalaman luas dalam kancah tempatan dan antarabangsa mampu membantu mereka mencatat kemenangan.



“Paling penting semua pemain yang bakal diturunkan tidak boleh leka seperti yang berlaku ketika menentang Felda United, Selasa lalu. Malah akibat melepaskan jaringan awal, kami gagal mencari gol penyamaan kerana setiap pemain lawan turun berkubu di gawang sendiri hingga memaksa kami pulang hampa.


“Setiap pasukan yang ditentang musim ini tidak boleh diambil mudah walaupun ia berstatus kelab mahupun yang baru menyertai Liga Super seperti Sarawak,” katanya yang bakal menyambut hari lahir ke-31.



Pemain tengah yang diletakkan sebagai penyerang itu bagaimanapun menegaskan moral rakan sepasukan tidak terjejas berikutan kekalahan mengejut itu malah sudah kembali bersemangat mencipta kemenangan.



“Mungkin ia juga perlawanan pertama kami beraksi pada sebelah petang berbanding lawan yang sudah biasa. Namun ia bukanlah alasan dengan pemain kini bersemangat untuk mencipta kemenangan kedua,” katanya.


Selangor yang dikendalikan Irfan Bakti Abu Salim hanya mencatatkan satu kemenangan selepas mengharungi tiga perlawanan dan kini berada di pertengahan liga manakala Sarawak tewas pada dua perlawanan terakhir walaupun mempamerkan persembahan mantap menewaskan Kuala Lumpur 2-0 dalam aksi pembukaan Liga Super awal bulan ini.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button