Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:08 0

PENYENARAIAN semula dalam skuad kebangsaan menyuntik semangat penyerang muda Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Md Ali, untuk memberikan persembahan terbaik menanti kunjungan Felda United pada saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok.

Pemain berusia 23 tahun itu yang mula menampakkan kebangkitan selepas menjaringkan dua gol ketika Negeri Sembilan membenam Johor FC, 2-0 kini kian bersemangat untuk memberikan persembahan cemerlang bagi membantu pasukan mencapai kemenangan.



Katanya, impian mewakili negara sentiasa menjadi sasaran tapi dia akui prestasinya sepanjang tahun lalu kurang memberangsangkan hingga tersisih daripada skuad kebangsaan.


“Namun dengan penyenaraian semula dalam skuad kebangsaan memberi semangat kepada saya beraksi lebih baik.



“Saya berterima kasih kepada jurulatih Ong Kim Swee yang menyenaraikan nama saya, begitu juga jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing saya meningkatkan persembahan,” katanya semalam.



Mengenai pertemuan dengan skuad bimbingan E Elavarasan, Shakir bertekad untuk mengulangi aksi cemerlang untuk meletakkan kembali skuad Hoben Jang Hoben dalam kelompok teratas carta liga.


Dia yang kini menggalas cabaran barisan depan kian serasi bersama pemain import, Jean Emmanuel Effa Owona.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button