Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:09 0

SUDAH lama rasanya SS tak dengar perkembangan terbaru Putri Mardiana atau Nina. Sejak keluar daripada MIG Productions, publisiti mengenai pelakon dikenali dengan filem Santau ini sudah agak berkurangan berbanding dahulu.

SS tahu dia masih aktif berlakon, cuma kelibatnya sukar ditemui dalam mana-mana majlis hiburan. Bagaimanapun, seorang teman SS terserempak dengan Nina dalam satu majlis baru-baru ini dan sempat juga mencungkil perkembangan terkininya.

Kalau ada yang anggap Nina sudah hilang daripada bidang lakonan atau bersara, tanggapan ini silap kerana dia masih aktif. Biarpun bukan berlakon filem macam dulu, dia tetap jadi pilihan penerbit drama kerana mutu lakonan yang ditunjukkan.

Rezekinya boleh dikatakan tak putus. Biarpun terpaksa merangkak semula, Nina tak malu berjumpa dengan ramai penerbit untuk mencari peluang berlakon. Walaupun sukar, dia mengakui puas dapat merasa sendiri duitnya berlakon.




Paling mengujakan biarpun sibuk berlakon, Nina sebenarnya berdebar-debar menanti saat bahagianya yang bakal menjelang tak lama lagi. Seperti yang diketahui, Nina akan bertemu jodoh buat kali kedua dengan Mohd Hasnul Amril, rakan zaman belajar di sebuah kolej.




Katanya, mereka kini sedang memilih tarikh yang sesuai untuk majlis merisik dan bertunang serta akan melangsungkan perkahwinan sekitar Mei nanti. Bermakna hanya ada empat bulan untuk melakukan persiapan.
Kata teman SS, wajah Nina kelihatan ceria apabila bercakap soal ini. Jelas kelihatan bibit bahagia di wajah pelakon berstatus ibu tunggal kepada tiga anak ini dengan kebahagiaan yang bakal dikecapinya. Bahkan sudah ada perancangan antaranya dengan bakal suami untuk menguruskan bisnes demi masa depan mereka.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button