Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:10 0

TERKESIMA seketika SS dibuatnya apabila satu sumber menyampaikan cerita ini. Nak kata tak percaya pun, tak boleh juga kerana SS dah kerap kali juga berjumpa spesies orang macam ini. Wajah memang cantik kalau wanita dan jika lelakinya macho habis.

Bagaimanapun kalau dah sikap pengotor dan tiada sivik berada dalam diri sejak azali, memang tak boleh kata apalah kerana selalunya benda ini berada dalam diri kita dan dimulakan sejak kecil lagi.

SS tak nafikan sekali pandang, ramai akan tertarik dengan pucuk muda ini yang sedang meniti populariti dalam seni. Wajahnya pun comel dan nampak tenang walaupun SS nampak perangainya dah agak berubah sikit berbanding mula-mula jadi artis dan didedahkan kepada media.
Kata penyampai cerita, siapa sangka artis ini sangat pengotor dan tak pandai jaga kebersihan tempat yang didiaminya ketika bekerja. Perangai ini memang agak kontra dengan wajahnya yang boleh dianggap boleh mencairkan hati lelaki.






Malah perangainya juga boleh tahan berangan apabila mula mengidamkan bara�ngan mewah dan berjenama sedangkan lakonan masih di tahap ‘sedang-sedang’. Memang tak salah berangan tapi agak-agaklah kerana yang penting dia perlu menunjukkan kebolehannya terlebih dahulu di mata peminat.




Ini tidak, apabila rakan-rakan atau orang kampungnya menelefon bertanyakan khabar, dia mula propa (mereka cerita) mengatakan seronok jadi artis kerana dilayan bak permaisuri serta dapat makan sedap-sedap setiap hari, sedangkan agak-agaklah apabila berada di lokasi, makanan yang disediakan taklah melampau sangat mewahnya.
Tambah sumber ini lagi, perangai dia nampaknya mula ke arah ‘ berangan diva’ apabila tunjukkan sikap mengada-ngada dengan kru penggambaran. Dia ingat dengan wajahnya yang cantik itu, semua orang boleh telan bulat-bulat dan terima saja perangainya sedang�kan dia tak tahu di belakangnya mereka meluat dan rasa nak muntah mengenangkan gelagatnya.
SS yang dengar cerita ini pun rasa macam nak ketawa berguling-guling. Memang artis ini terlalu muda untuk belajar mengenal kehidupan dan sepak terajang dunia seni. Dia kena ingat banyak faktor perlu ada jika nak mencipta nama dan terus kekal dalam dunia seni.
Ingat, sekali dia buat hal perkara ini akan tersebar di kalangan pihak dalam industri, justeru, dia perlu ingat risiko yang perlu dihadapinya. Jadi, SS harap dia segera berpijak di bumi nyata sebelum namanya jatuh merudum dek kesilapan sendiri.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button