Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

15:42 0

Mutakhir




SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menubuhkan sebuah jawatankuasa tetap dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan bagi memantau serta menangani isu murtad dan ajaran sesat di negeri ini.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata jawatankuasa berkenaan akan menerima serta memantau aduan berhubung usaha memurtadkan umat Islam dan ajaran sesat di negeri ini termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya.


"Dalam mesyuarat MAIS hari ini kita sudah putuskan untuk tubuhkan jawatankuasa tetap berkenaan untuk menyelia segala aduan berkaitan kes murtad dan ajaran sesat yang boleh memesong akidah umat Islam di Selangor.

"Jawatankuasa ini diletakkan di bawah MAIS dan akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya selepas mengumumkan prestasi kutipan dan agihan zakat di Selangor bagi tahun 2011 di sini, hari ini.

Beliau berkata, jawatankuasa itu juga berperanan untuk memantau bantuan kepada fakir miskin di negeri ini dalam usaha memastikan mereka tidak terdedah kepada gejala murtad berikutan kesukaran mendapat bantuan daripada pihak zakat.

Mohamad Adzib berkata, jawatankuasa itu akan bekerjasama dengan LZS sekiranya menerima aduan kesukaran mendapatkan bantuan oleh golongan yang memerlukan termasuk bantuan membabitkan golongan Muallaf.

Terdahulu, beliau mengumumkan bahawa LZS mengutip RM393.54 juta zakat di Selangor bagi tahun lalu berbanding RM336.93 juta pada 2010 iaitu peningkatan sebanyak 17 peratus.

Beliau berkata, jumlah pembayar zakat juga mencatatkan peningkatan iaitu seramai 180,090 orang pada tahun lalu, berbanding 168,002 orang pada 2010 membabitkan 28,979 orang pembayar baru.

Katanya, zakat pendapatan mencatatkan kutipan tertinggi iaitu RM216 juta, diikuti zakat perniagaan (RM79.7 juta) dan zakat harta (RM33.7 juta).

Mohd Adzib berkata, LZS mensasarkan kutipan RM430 juta bagi tahun ini dengan peningkatan sebanyak sembilan peratus. - BERNAMA






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button