Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

15:42 0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen menetapkan 13 Februari untuk membuat keputusan mengenai permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membatalkan saman seorang peminjam pinjaman tabung itu.


Hakim Unaizah Mohd menetapkan tarikh itu selepas kes tersebut disebut semula di sini hari ini.


Pada 20 Sept tahun lepas, pegawai bank Mandeep Singh memfailkan saman itu di Registri Sivil Mahkamah Sesyen terhadap PTPTN kerana memfitnah dan menangkapnya secara salah berikutan beliau disenarai hitamkan untuk dakwaan gagal menyelesaikan pinjaman pengajiannnya.

Peguam beliau Abdul Malik Hakim memberitahu pemberita bahawa PTPTN telah memfailkan untuk membatalkan permohonan itu atas alasan bahawa tindakan itu yang dikemukakan oleh plaintif (Mandeep) berkaitan isu-isu perlembagaan di mana Mahkamah Tinggi hendaklah memutuskan mengenai perkara berkenaan.





Beliau berkata PTPTN juga menyatakan bahawa mengikut Seksyen 22 Akta PTPTN, mereka berhak melarang penuntut yang gagal membuat pembayaran daripada meninggalkan negara. - Bernama





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button