Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:45 0

PENGANJURAN Liga Hoki Remaja Malaysia 2012 berjaya mencipta sejarah terbaru apabila berjaya menarik penyertaan terbanyak buat pertama kali sejak dianjurkan pada 1995 dan persaingan dijangka lebih sengit dengan hadiah lumayan menanti juara.


Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata penyertaan pada edisi ke-16 berjaya menarik 26 penyertaan pasukan dari Semenanjung Malaysia terdiri daripada sembilan pasukan Divisyen Satu dan 17 pasukan Divisyen Dua.




Katanya, jumlah hadiah kemenangan yang meningkat sebanyak 80 peratus itu akan menjadikan persaingan tahun ini lebih berkualiti apabila dua pasukan pilihan tahun lalu iaitu UniKL Young Guns yang muncul sebagai juara liga dan SSTMI (Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail) Thunderbolts, juara keseluruhan ingin memburu gelaran berganda. “Saya gembira dengan penyertaan yang diterima. Terima kasih kepada Milo yang sentiasa tampil menghulurkan tajaan dalam menjana suntikan dana demi melihat kejayaan pemain hoki remaja terus berkembang.


“Tahun ini hadiah lebih lumayan ditawarkan membabitkan wang tunai bernilai RM145,000 peningkatan hampir 80 peratus berbanding 2011 yang hanya menawarkan RM80,500,” katanya.




Beliau berkata, nilai subsidi untuk setiap pasukan juga ditambah daripada RM1,500 kepada RM3,000 diharapkan mampu menjadikan persaingan tahun ini lebih berkualiti. Nur Azmi menerima tajaan Milo iaitu sumbangan wang tunai berjumlah RM250,000 serta barangan bagi pihak MHC.




Sementara itu, perlawanan pertama membabitkan SSTMI Thunderbolts dan UniKL Young Guns bakal menjadi penanda aras perjuangan dua pasukan itu tahun ini.



“Perlawanan pertama ini penting untuk kedua-dua pasukan. Ia mungkin akan menjadi penentu kepada keseluruhan musim ini. Tahun lalu kami kecundang kepada Thunderbolt dengan penentuan pukulan penalti untuk tentukan juara keseluruhan dan jelas sekali musim ini akan menjadi musim untuk cuba membalas kegagalan lalu,” kata pengurus pasukan UniKL, Amir Azhar.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button