Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:10 0

SYARIKAT yang memperkenalkan produk pertama di pasaran yang menggabungkan teh hijau dan kolostrum (susu awal lembu), Ar-Raihan Food Industries (M) Sdn Bhd yakin untuk menembusi pasaran luar negara menjelang 2015 terutama di China, Indonesia dan Timur Tengah.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Md Zulaimi Kazin berkata, untuk beberapa tahun ini pihaknya akan terus memberi tumpuan kepada pasaran tempatan termasuk Sabah dan Sarawak.




Katanya, ketika ini terdapat 15 stokis utama produk Ar-Raihan di seluruh negara dan pihaknya masih membuka peluang kepada mereka yang ingin menjadi stokis dengan modal serendah RM550, yang mana mereka akan dibantu dari segi promosi dan pengiklanan di media massa.


“Sejak diperkenalkan enam tahun lalu, Green Tea Colostrum (GTC) masih mendapat permintaan pelanggan sehingga kini kerana rasa dan khasiatnya yang terbukti berkesan untuk kesihatan tubuh badan. Kami juga komited untuk mencapai jualan sehingga RM400,000 sebulan bagi GTC dan tampil dengan produk baru.




“Baru-baru ini kami juga mengeluarkan GTC Power Plus dan Green Tea Coffee High Goat yang sudah pun berada di pasaran di mana kami mengetengahkan konsep jualan secara dagang dan akhir Februari ini pula Ar-Raihan akan melancarkan produk baru iaitu Collamix campuran kolostrum, teh hijau dan kolagen air tawar,” katanya kepada Bisnes Metro.




Menurutnya, syarikat sentiasa berusaha mengetengahkan produk minuman kesihatan yang berkualiti bagi memastikan ia dapat memberi manfaat kepada orang ramai untuk menguatkan sistem imun, merangsang pertumbuhan sel dan membekalkan antioksida bagi melawan radikal bebas,” katanya.



Md Zulaimi berkata, paling penting semua produknya boleh diminum oleh kaum lelaki dan wanita dengan cara penggunaan yang mudah tanpa perlu menggunakan air panas.




Katanya, dalam tempoh dua tahun lagi, pihaknya merancang untuk mengeluarkan produk lain seperti sabun dan pencuci muka berasaskan kolostrum dan teh hijau.



“Ia masih dalam R&D dan kami akan mengukuhkan pada pasaran sedia ada dulu kerana untuk sabun dan pencuci muka ini banyak persaingan di pasaran sekarang, jadi kami kena betul-betul bersedia dan memastikan produk mampu memberi kesan terbaik kepada pengguna sebelum diperkenalkan. Bagi keterangan lanjut dan juga yang berminat menjadi stokis boleh melayari www.samagu.com.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button