Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:09 0

JENAMA fesyen rekaan Perancis terkenal, Sophie Paris membuka cawangan pertamanya di Malaysia selepas 15 tahun bertapak di Indonesia bagi mengukuhkan pasarannya di Asia Tenggara.


Pengasasnya, Bruno Hasson berkata, perniagaan Sophie Paris dijalankan melalui konsep jualan langsung (MLM) dengan keseluruhan ahli kini mencecah 1.5 juta orang seluruh dunia.




“Pembukaan cawangan Sophi Paris di Malaysia adalah yang kelima selepas Indonesia, Maghribi, Vietnam dan Filipina. Kami menyasar 20,000 pendaftaran ahli baru di negara ini dengan jualan Sophie Paris Malaysia mampu mencecah RM15 juta bagi tempoh 12 bulan pertama tahun ini,” katanya pada pelancaran jenama itu di Petaling Jaya, baru-baru ini.


Bruno berkata, rangkaian produk fesyen jenamanya merangkumi beg tangan, aksesori hiasan serta jam tangan dari 75,000 pilihan koleksi dan menjelang penghujung 2012, rangkaian produk Sophie Paris akan diperluaskan kepada produk kosmetik, pakaian dan kasut melengkapi keperluan fesyen wanita dari hujung rambut hingga kaki.




“Kami mengalu-alukan lebih ramai menyertai peluang perniagaan yang kami tawarkan. Konsep perniagaan ini mudah hanya menggunakan katalog serta koleksi baru kami bagi setiap 40 hari, memberi banyak pilihan kepada pelanggan selain bonus jualan yang menarik. Model perniagaan Sophie Paris di Malaysia adalah memastikan setiap ahli memperoleh keuntungan memuaskan di mana mereka akan mendapat enam bentuk pendapatan.




“Ia terbahagi kepada keuntungan runcit (20 peratus), bonus peribadi (21 peratus), bonus pengurus (21 peratus), bonus pengarah (6 peratus), bonus khas untuk pengarah (2 peratus), hadiah khas presiden dalam bentuk - wang tunai, emas, syiling, barangan mewah dan percutian,” katanya.






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button