Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:10 0

AEON Co (M) Bhd (AEON), pengendali pasar raya besar dan pusat beli-belah Jusco yang berpangkalan di Jepun, kini sedang berunding dengan pihak berkuasa tempatan untuk membuka kedai konsep mini Jusco, sama saiz seperti kedai serbaneka 7-Eleven.


Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AEON Asean, Nagahisa Oyama berkata, kedai konsep mini itu terbukti berjaya dan pihaknya sudah membuka lebih daripada 500 kedai di Filipina dan lebih daripada itu di Jepun serta Korea Selatan.




“Secara peribadi saya menjangka dapat membuka kedai pertama di Malaysia menjelang akhir tahun ini dan kini ia masih lagi dalam proses perbincangan,” katanya selepas majlis mengalu-alukan kakitangan baru AEON di Kuala Lumpur, pada minggu lalu. -Bernama






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button