Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:11 0

CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd (CIMB-Principal Islamic) terus komited menembusi pasaran global apabila berjaya menubuhkan CIMB-Principal Islamic Asset Management (Ireland) Public Limited iaitu dana Islamik Malaysia pertama di peringkat antarabangsa di Dublin, Ireland.


Ketua Eksekutifnya, Datuk Noripah Kamso berkata, pihaknya turut menyasarkan mencapai jumlah pengurusan aset lebih RM200 juta bagi tahun ini menerusi pengenalan tiga jenis dana iaitu Dana Islamik Pasaran Baru Global, Dana Islamik Asia Pasifik Kecuali Jepun dan Dana Islamik Ekuiti Asean.




Katanya, dana itu juga didaftarkan dan diedarkan di tujuh negara seperti United Kingdom, Switzerland, Jerman, Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Singapura.


“Dengan penubuhan CIMB-Prinsipal Islamic Ireland, kami berharap ia dapat merealisasikan inspirasi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islamic antarabangsa.




“Bagaimanapun, kita berbangga kerana CIMB-Prinsipal Islamic adalah syarikat pengurus dana aset Islamik pertama ditubuhkan serta menjadi platform utama di Ireland,” katanya pada sidang media selepas pelancaran penubuhan CIMB-Prinsipal Dana Islamic Dublin di Kuala Lumpur, semalam.




Hadir sama, Duta Kewangan MIFC, Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank, Datuk Charon Wardini Mokhzani, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prinsipal Pelabur Global, Jim McCaughan, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Tan Sri Zarinah Anwar dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak.



Sementara itu, Raja Nazrin dalam ucaptamanya berkata, sehingga kini, nilai aset kewangan Islam global bernilai US$1.2 trilion (RM3.80 trilion) dan dijangka mampu mencapai sehingga US$4 trilion (RM12.68 trilion) dalam tempoh lapan tahun lagi.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button