Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:11 0

MERCEDES-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) menyasarkan model siap bina (CBU) menyumbang 10 hingga 15 peratus jualan kereta tahun ini selepas merekodkan jualan 7,467 unit kereta penumpang dan kenderaan komersial pada tahun lalu.


Naib Presiden Jualan dan Pemasarannya, Kai Schlickum berkata, peningkatan jualan itu disandarkan kepada pengenalan tiga model baru CBU iaitu C-Class Coupe, SLK dan CLS yang bakal berada di jalan raya bulan depan. “MBM mencatatkan jualan sebanyak 5,431 kereta penumpang tahun lalu dengan model C-Class menerajui pasaran lebih 40 peratus atau 2,249 unit,” katanya.




Beliau berkata, pengenalan model baru itu seiring dengan peningkatan minat dalam kereta mewah dan yakin tiga model itu mendapat sambutan sekali gus melengkapkan portfolio model CBU sedia ada.


Katanya, C-Class Coupe mendapat permintaan tinggi dengan 23,700 unit diserahkan kepada pelanggan di seluruh dunia sejak diperkenalkan Jun 2011 manakala generasi kedua model CLS empat pintu Coupe pula berjaya menarik minat kukuh berikutan reka bentuk menarik dan sporty.






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button