Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:12 0

SYARIKAT penerbangan sewa khas tempatan, Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd melabur RM600 juta untuk membeli lapan pesawat bagi memulakan operasi penerbangannya Februari ini.


Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azlan Zainal Abidin berkata, buat masa ini syarikatnya memiliki satu pesawat Boeing B747-400 dan dijangka menerima dua lagi dari Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) sebagai tambahan.




“Pembelian itu akan dijalankan secara berperingkat dan kita menjangkakan mempunyai sehingga 20 pesawat bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.


“Pesawat ini membolehkan syarikat melengkapi perkhidmatan udara yang disediakan syarikat penerbangan berjadual tempatan dan asing dengan menyediakan penerbangan sewa ke destinasi domestik dan asing,” katanya pada majlis pelancaran syarikatnya di ibu negara semalam.




Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, Pengerusi Eksekutif Eaglexpress, Tan Sri Datuk Seri Dr Aseh Che Mat dan Ketua Pegawai Operasi Eaglexpress, Kapten Shin Man Soo.




Azlan berkata, Eaglexpress menawarkan perkhidmatan penerbangan sewa bagi tujuan haji dan umrah, pelancongan, perniagaan, bantuan kemanusiaan serta kargo udara.






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button