Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

20:37 0
Memang ramai yang suka dan ingin melihat Aaron Aziz bergandingan semula dengan heroinnya dalam drama ‘Nora Elena’ iaitu Siti Saleha. Sebelum ini Aaron pernah buat pertama kalinya telah mengarahkan drama Kekasih Awal dan Akhir yang menggandingkan semula dia dengan Siti Saleha dengan turut dibantu oleh Fouziah Gous. Namun, untuk pengetahuan anda, buat masa ini Aaron sedang sibuk dengan penggambaran yang masih menggabungkan mereka bertiga dalam filem ‘Kerat 14′.


Filem ini ialah merupakan sebuah filem psiko-thriller tentang seorang pembunuh yang mengerat mangsanya kepada 14 bahagian untuk melupuskan bukti. Filem ini khabarnya juga turut menampilkan Zamarul Hisyam dan Ali Arami. Jadi, Aaronators tak dapat menonton Aaron sebagai lelaki macho dan romantik yang membuatnya menjadi kegilaan wanita sebelum ini. Mungkin wataknya nanti penuh keji dan bermandi darah?
Nampaknya tawaran berlakon untuk Aaron tetap lebat dan ini membuktikan yang besar kemungkinan tahun ini tetap menjanjikan populariti untuk Aaron. Apa pun, sekurang-kurangnya kali ini watak Aaron tampak menarik, kami berpendapat mungkin dia sedang berusaha untuk mengotakan kata-katanya bagi bersikap lebih selektif dalam pemilihan watak . kredit gambar Twitter Aaron Aziz.
***
Pementasan Teater Bangsawan “Kemala Sakti Kesuma Ningrat” anjuran JKKN dengan Kerjasama Persatuan Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK) Sempena Program Semarak Bangsawan 2012 yang membuka tirai persembahan pada 27-28 Januari (Jumaat dan Sabtu) ini bertempat di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Kelantan bermula jam 8.30 malam. Masuk adalah PERCUMA.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button