Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:26 0
KUALA LUMPUR 18 Jan. - Kerajaan akan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi melindungi kepentingan kerajaan dalam projek Pusat Fidlot Nasional yang sebelum ini diuruskan oleh National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara tugas firma tersebut ialah menjalankan satu penelitian wajar selain melakukan audit projek dari segi penggunaan dana pinjaman, pengurusan serta kewangan.

Menurutnya, dijangkakan tugasan tersebut bakal dimuktamadkan dalam tempoh sebulan.

''Bagi melindung kepentingan kerajaan, sebuah firma perunding perakaunan yang ditugaskan untuk menjalankan satu penelitian wajar atau 'due diligence' akan dilantik.

''(Dan) audit projek dari segi penggunaan dana pinjaman, pengurusan dan kewangan akan dilakukan. Tugasan ini dijangka dimuktamadkan dalam tempoh sebulan,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan aset NFCorp dibekukan bagi membantu siasatan dakwaan berlaku penyelewengan dana kerajaan dalam projek yang turut dikaitkan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan pembekuan aset berkenaan turut meminta Muhyiddin serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjalankan kajian untuk mencari penyelesaian terbaik bagi menangani kes itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, seperti mana dimaklumkan NFC merupakan sebuah syarikat usahasama di antara Agroscience Industries Sdn. Bhd. dengan kerajaan Malaysia dan syarikat itu telah diberi mandat sebagai integrator Pusat Fidlot Nasional.

Beliau berkata, ekoran daripada itu, kerajaan memberi pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat berkenaan bagi melaksanakan projek tersebut dan setakat ini sejumlah RM181 juta telah dikeluarkan.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button