Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

20:55 0

DIA tahu betapa sukarnya menjadi artis yang kurang pakej meskipun punya bakat untuk diperdagangkan. Sebelum terkenal seperti hari ini, Aizat Amdan pernah melalui saat sukar lalu mencabar dirinya untuk memperoleh tubuh badan yang menarik daripada 112 kepada 70 kilogram.


Semua itu dilakukan bagi memenuhi pandangan mata pencinta seni yang mahu melihat perkara ‘indah-indah’ saja. Namun Aizat percaya bakat adalah asas terbaik buat sesiapapun yang ingin menceburi bidang seni.


Atas sebab itulah Aizat menerima Amir Jahari sebagai artis pertama di bawah naungan label milik keluarga penyanyi Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE) tanpa prejudis.

“Saya diperkenalkan dengan Amir oleh Joe Lee juga pemilik J Play yang menguruskan kerjaya seni Amir pertengahan tahun lalu. Amir sebenarnya mengingatkan saya pada diri saya sendiri masa mula-mula nak menceburi bidang muzik.





“Pertama kali saya mendengar dia menyanyi saya sudah tertarik dengan kebolehan yang dia ada dan merasakan industri tidak boleh meminggirkan bakat seperti ini.



Dia bukan saja boleh menulis lagu dan lirik, tetapi bermain gitar dengan baik dan pada masa yang sama memiliki vokal yang unik.

Amir harus diberi peluang kerana saya yakin bakat-bakat sebegini jika diketengahkan memberi input positif kepada industri muzik sekali gus memeriahkannya,” katanya pada majlis Pelancaran Album Karaoke Urusan Aizat Amdan & Memperkenalkan Artis Amir Jahari termasuk menandatangani kontrak perjanjian kolaborasi antara KGE, Amir dan J Play. Ia berlangsung di Red Box Gardens, Kuala Lumpur.

Menambah isi penting dalam kenyataannya, Aizat memaklumkan bahawa terma kolaborasi yang diguna pakai dalam perjanjian mereka juga berbeza. Di mana syarat yang ditetapkan lebih mengutamakan kebajikan artis dari segi pembahagian hasil pendapatan.

Pun begitu, Aizat tidak pula berduet dengan Amir untuk albumnya “Saya bukan tidak mahu berduet dengan Amir tapi bagi saya bakat Amir dalam bidang penulis lagu, nyanyian dan skil bermain gitar lebih baik daripada saya sendiri. Saya rasa tanpa menggunakan nama saya, Amir masih mampu berdiri.

“Kalau bukan berduet dengan saya sekali pun, Amir tidak perlu berduet dengan penyanyi lain untuk mencipta nama kerana lebih baik dia dikenali dengan bakat serta kebolehannya sendiri,” katanya.

Beralih perbualan kepada Amir, bintang Akademi Fantasia 9 (AF9) itu berkata,

dia tidak pernah putus asa untuk mengejar cita-citanya sebagai pemuzik meskipun tidak berkesempatan menggunakan platform AF9 dulu dengan sebaik mungkin.

“Walaupun menjadi orang kedua yang tersingkir melalui program itu, pembabitan dalam AF9 adalah titik permulaan untuk maju.

“Mengenai tawaran KGE pula, pernah sebelum ini ada pihak ingin bekerjasama

namun saya memilih KGE sebab saya rasa lebih selesa dengan mereka. Saya juga

dilayani seperti keluarga mereka sendiri,” katanya.

Dikenali dengan lagu Tanpamu, Amir mempertaruh–kan pula sebuah lagu diberi judul Gelisah sebagai single kedua. Gelisah menyimpan kisah zaman kecil Amir bersama teman-temannya.

Tegas Amir yang ada hampir 40 koleksi lagu, dalam penciptaan lagu insan terdekat serta keadaan sekeliling sering menjadi inspirasi dalam penciptaan karya-karyanya.

Ketua Pemasaran, Jenama dan Promosi KGE, Nur Ili Zuhair, pula berkata sebagai label bebas atau ‘indie’, tidak banyak perancangan untuk Amir buat masa ini. Justeru itu, J Play sebagai pihak pengurusan perlu memainkan lebih peranan.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button