Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:53 0

PENGALAMAN enam tahun dalam bidang solekan dan tujuh tahun bergelar koreografer untuk Yayasan Kebudayaan Dan Warisan Selangor banyak membantu Zakaria Zainal atau Zeck, 41, menghasilkan tarian yang menarik serta solekan yang sesuai untuk drama Kampus. Walaupun terpaksa melakukan dua kerja pada satu masa, tidak susah baginya kerana kedua-duanya berada dalam bidangnya.


“Saya sudah banyak terbabit dengan drama, jadi segala masalah dapat diatasi dengan mudah. Untuk drama ini, saya dibantu oleh dua jurusolek iaitu Siti Aishah dan Wanny. Disebabkan pelakon utamanya lebih daripada enam orang, solekan dibuat mengikut giliran yang diberikan kepada artis itu.


“Memandangkan cerita ini berkisarkan mengenai remaja kota, teknik solekan yang dibuat ialah vogue dan mengikut karakter pelakon. Solekan yang agak nipis dibuat untuk watak kumpulan yang baik, manakala solekan yang agak garang dan berat dibuat untuk kumpulan yang nakal. Ciri-ciri ini penting untuk menampakkan perbezaan serta menghidupkan drama muzikal.

“Untuk tarian pula, biasanya latihan dibuat dalam studio. Saya hanya ajar pelakon secara langsung selama lima hingga enam jam supaya mereka dapat mahirkan diri. Saya ambil langkah tarian yang mudah untuk artis membabitkan tarian tradisional dan moden. Saya beruntung kerana Faralyna ada asas dalam tarian sekali gus memudahkan kerja kami.





“Memang saya dapat rasa cabaran terbabit dalam Kampus, tapi saya dapat jalankan tanggungjawab dengan baik. Saya seronok walaupun ini kali pertama bekerja dengan pe�ngarah, Yusmal Ghazali. Kami sering berkongsi idea dan tidak simpan perasaan yang terbuku demi mendapatkan hasil terbaik. Dengan bantuan semua pihak, kerjasama ini menghasilkan satu drama yang menarik,” katanya.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button