Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:52 0

SEPANJANG bergelar pelakon, ini kali pertama Faralyna Idris terbabit de�ngan drama muzikal. Mempunyai asas dalam tarian balet, tradisional dan moden, Fara menga�kui cabaran yang dilalui agak berbeza berbanding watak yang sering dilakonkan sebelum ini.


“Saya gembira kerana inilah kali pertama diberikan watak yang menguji kebolehan saya dalam tarian. Bagaimanapun apabila berlakon baru saya faham susahnya menghasilkan drama sebegini.


Banyak gerak tarian yang dihasilkan pada saat akhir dan ini menuntut kesungguhan yang tinggi daripada semua pelakon.

“Disebabkan teruja dan mahu memberikan yang terbaik, kami buat latihan sepenuh hati untuk menjayakan babak tarian dalam Kampus. Dalam penggambaran pula, banyak babak diambil dari pelbagai sudut membuatkan kita kena bekerja lebih keras.



Bagaimanapun saya akui hasil yang diperolehi sangat mengagumkan. Bahkan saya beruntung kerana dapat belajar pelbagai lagi tarian daripada tenaga pengajar,” katanya.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button