Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:56 0

SUDAH namanya drama muzikal, sebaik wakil RAP tiba di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara) yang menjadi lokasi penggambaran drama 26 episod berjudul Kampus sekitar jam 2 petang, suasana riuh dan hingar-bingar sudah kedengaran. Di tingkat atas bangunan, kelihatan sekumpulan remaja yang membintangi drama ini giat menjalani latihan tarian sebelum penggambaran dimulakan.


Selepas puas menghayati rentak tarian yang dikehendaki pengarah, barulah penggambaran dimulakan pada lewat petang. Sudut demi sudut kamera bertukar ganti, namun semua yang terbabit tekun dengan kerja masing-masing. Tidak ternampak riak kepenatan biarpun hari sudah menjelang malam.


Dulunya bergelar pelakon, pengacara dan model iklan, kini Yusmal Ghazali menggalas tanggungjawab sebagai pengarah. Katanya mungkin ada yang mempertikaikan kredibilitinya. Bagaimanapun dia bukan baru kerana banyak terbabit menghasilkan dokumentari, majalah dan pelbagai lagi program TV menerusi syarikatnya Shooting Star Media Sdn Bhd yang dikongsi bersama Gina Lahre.

“Idea ini sebenarnya ditimbulkan oleh RTM yang menyuruh kami buat ‘pitching’ mengenai Aswara yang terletak di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK). Mereka rasa perlunya ada drama yang mendedahkan mengenai kursus di bawah Aswara dan kehidupan pelajarnya. Antara matlamat utamanya mahu menerangkan kursus yang terdapat di sini kepada masyarakat.





“Kami cuba ikut panduan yang ditetapkan tapi perlu ada cara menarik agar drama ini tak nampak terlalu ‘skema’ sangat. Akhirnya terbit idea untuk buat drama seperti muzikal popular Glee, namun diberi acuan tempatan. Saya cuba tampilkan muzik dari era 70-an, 80-an dan 90-an. Lagu-lagunya adalah yang popular pada setiap era itu dan digambarkan ikut situasi sesuatu babak,” katanya.





Tambah Yusmal, Kampus berkisarkan mengenai enam pelajar dari luar bandar yang ingin mengejar impian menjadi anak seni. Dari sinilah jalan ceritanya berkembang dengan pelbagai konflik demi konflik berlaku terhadap kehidupan mereka sebagai pelajar. Selain itu, berjauhan daripada ibu bapa juga membuatkan mereka berdikari dan belajar menyelesaikan masalah sendiri.

“Seperti saya katakan tadi, Kampus memang ikut konsep Glee dan diinspirasi menerusi siri popular Barat itu. Saya dan isteri buat sinopsis dan selepas itu berbincang dengan penulis skrip, Sofia Rhyland untuk dapatkan hasil terbaik.

Jadi, dalam Kampus, akan ada fakulti teater, filem, tarian dan muzik. Namun dalam kesemuanya, hanya fakulti tarian dan muzik yang glamor dan diminati ramai.

“Pemilihan pelakon untuk drama ini sememangnya sukar kerana mereka kena pandai menari selain kena menyanyi sendiri. Saya hanya menilai yang ok dan menggunakan tenaga pengajar Aswara mencantikkan drama ini. Tak ketinggalan saya turut meng�gunakan bekas pelajar Aswara iaitu Najua Nasir dan Aishah Hoo bagi menghidupkan lagi jalan ceritanya.

“Untuk tarian, saya beruntung kerana dibantu oleh Zeck yang juga bertindak sebagai mekap artis. Ini lebih mudah kerana dia dapat sesuaikan mekap mengikut babak dan muzik yang dimainkan. Barisan penari yang terbabit pula sekitar 40 orang dan ada kala bertambah menjadi 50 orang. Kebanyakan mereka terdiri daripada penari Istana Budaya (IB) kerana IB juga di bawah (KPKK),” katanya.

Menampilkan tiga cerita pada setiap episod, Kampus tidak banyak menggunakan dialog dan bergerak dalam plot yang pantas. Keseluruhan drama ini diisi dengan muzik agar peminat tidak bosan menonton.

“Set penggambaran juga banyak dibuat menggunakan kemudahan yang terdapat di RTM, Aswara, Balai Seni Lukis Negara dan IB. Penggambaran di Aswara dibuat ketika cuti semester. Lokasi luar yang dipilih ialah Bukit Bintang dan Broga untuk penggambaran muzik video.

“Saya menghasilkan sebanyak 68 muzik video untuk lagu-lagu antaranya Opera Hidup, Warisan, Merisik Khabar, Mata, Suatu Masa, Jelingan Manja, Pelarian, Seksis, Bila Cinta (Mila) dan banyak lagi. Kebanyakan lagu ini mendapat kerjasama baik daripada syarikat rakaman yang mengenakan caj berpatutan.

“Hanya, saya ada masalah untuk menggunakan lagu Indonesia kerana harga yang dikenakan agak mahal membuatkan saya mencari alternatif lain. Namun saya tetap menggunakan lagu Ahmad Dhani kerana ia bersesuaian jalan cerita,” katanya.

INFO:

JUDUL: Kampus

MASA TAYANGAN: Sabtu, jam 8.30 malam

SALURAN: TVi (Astro 180)

PRODUKSI: Shooting Star Media Sdn Bhd

PENERBIT & PENGARAH EKSEKUTIF: Gina Lahre

PENGARAH: Yusmal Ghazali

PENOLONG PENGARAH: Zaini Yaakob

PENULIS SKRIP: Sofia Rhyland & Yusmal Ghazali

PENGURUS PRODUKSI: Fitrine Abas

PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Joe Ibrahim

KESINAMBUNGAN: Nur Ain Mohd Shariff

PROP MASTER: Abdul Wahid Idris

PROPMAN: Kwong Shazwan

SOLEKAN / WARDROBE: Aishah Harith & Zakaria Zainal

PENOLONG WARDROBE: Syazwani Jasni

KOREOGRAFER: Zeck Zakaria

RUNNER: Sham Syzwan Ibrahim

HANDYMAN: Boy Sahrani Sanusi

PENTADBIRAN: Prema Asokan

KOMPOSER LAGU: Belle Fatah

PENGARAH FOTOGRAFI: Iman Abdul Karim

PENOLONG JURU

KAMERA: Adik Mazfaizan Abd Manaf

JURU LAMPU: Zain Indra Kesuma Zamani & Ejat Fadzli Khairal Lail

JURU AUDIO: Yat Ziad Zainal

PELAKON: Zee Arshad, Aishah Hoo, Zarina Anjoulie, Diddy Hirdy,

Faralyna Idris, Najua Nasir, Alif Kadim, Sazlyn Zainudin, Benjamin Fahmi, Shark Radzuan, Atie Abu Bakar, Joe Harun, Azhar Sulaiman, Atty Sulaiman dan Linda Helmi




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button