Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

18:55 0

BANGI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menempatkan empat mesin pengimbas yang menggunakan sistem gelombang dan suhu badan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha mencegah aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini.

Pengarah Bahagian Perancangan Korporat Kastam, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, mesin pengimbas “ThruVision” bernilai RM4 juta dari United Kingdom itu akan ditempatkan di laluan penumpang di terminal utama KLIA.

Mesin pengimbas itu kini dalam proses diuji dan jika terbukti berkesan akan turut ditempatkan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan kemudiannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching, katanya pada sidang akhbar mengenai prestasi pungutan hasil JKDM di sini hari ini.

Katanya, pada tahun lepas, kes dadah telah menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 92 kes dengan nilai rampasan RM183.78 juta berbanding 74 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM44.45 juta pada tahun sebelumnya.

Chik Omar berkata, JKDM akan melaksanakan penggunaan hanya satu laluan khas bagi pemeriksaan penumpang di KLIA yang dijangka bermula Mac ini dan menurutnya langkah itu telah mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Negara. – BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button