Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

10:01 1
http://cerciterpanas.blogspot.com

Louis Vuitton merupakan jenama pakaian dan aksesori mewah yang menjadi kegilaan ramai terutama golongan kaya dan terkemuka.
Antara barangannya yang terkenal adalah beg kulitnya.
Baru-baru ini seorang arkitek dari Georgia, Irakli Kiziria telah mereka bentuk kondom yang menggunakan jenama mewah itu.

Ia dijual dengan harga kira-kira RM200 sekeping.
Seluruh lapisan kondom berwarna cokelat itu mempunyai logo LV, ia juga dibungkus dengan plastik jenama yang sama.
http://cerciterpanas.blogspot.com
Tetapi pada mereka yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan kondom itu, maaf, ia tidak dijual di mana-mana butik LV.
Malah, sebenarnya, ia tiada kaitan pun dengan syarikat tersebut.
Cuma Kiziria mencipta kondom jenama itu semata-mata untuk mendapatkan dana bagi disalurkan kepada Yayasan Penyelidikan AIDS (amfAR).
Difahamkan, sejak berada di pasaran, permintaan terhadap kondom mewah itu mencanak-canak grafnya!
Apapun dengan harganya yang berkali-kali ganda mahal berbanding kondom biasa, rasanya kalau nak buat cenderamata bolehlah…tetapi kalau nak ‘guna’, fikir banyak kali juga tu.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button