Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

18:49 0

SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah tren komuter dalam kejadian berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Senawang, di sini hari ini.

Dalam kejadian 9 pagi itu, Redzuan Yusof, 37, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata, mangsa dipercayai berjalan di atas landasan itu sebelum dirempuh sebuah tren komuter dari arah belakang.

“Pemandu komuter terbabit cuba membunyikan hon beberapa kali bagi memberikan amaran kepada mangsa, tetapi tidak diendahkan oleh lelaki tersebut.

“Akibatnya lelaki itu dirempuh oleh tren berkenaan menyebabkan mangsa tercampak sejauh beberapa meter,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemandu tren itu membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

Polis masih menyiasat punca kejadian dan bagaimana lelaki itu boleh menceroboh dan berjalan di landasan berkenaan, katanya. – BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button