Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:06 0

PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) belum memutuskan sebarang bentuk tindakan ke atas salah seorang pemain skuad Singa Utara yang disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit menjual permainan.


Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan ke atas pemain pertahanan yang baru disenaraikan dalam skuad Liga Perdana Perlis untuk menggalas cabaran pada kempen Liga Malaysia musim 2012 itu belum dapat dibuat, setakat ini.




Menurutnya, sebarang tindakan terhadap pemain itu hanya diputuskan selepas siasatan selesai dan menerima laporan penuh SPRM.


“Siasatan masih dijalankan. PFA masih menunggu hasil siasatan SPRM dan tindakan hanya diketahui berdasarkan hasil siasatan dan selepas menerima laporan penuh SPRM,” katanya berhubung isu menjual permainan membabitkan seorang pemain skuad bekas juara dua kali Piala Malaysia itu.






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button