Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

19:00 0

London – Sekumpulan ibu bapa di Britain bersepakat untuk memboikot baju bayi yang dikeluarkan oleh sebuah pengeluar baju terkenal di negara itu, Morrison susulan slogan yang tertulis pada baju berkenaan.

Slogan bertulis `Tolong, Saya diculik, mereka bukan ibu bapa saya’ pada baju berharga £9.99 itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati golongan ibu bapa.

Walaupun syarikat itu menjelaskan baju berkenaan berkonsepkan funky namun ia tidak diterima oleh orang ramai kerana perbuatan culik bukan bahan gurauan.

Salah seorang ibu yang sedang mengandung, Hannah Kellye berkata, syarikat berkenaan sepatutnya lebih peka dengan situasi semasa.

“Mereka ternyata tidak bertanggungjawab,” katanya dalam nada marah.

Manakala seorang ahli kebajikan Ibu bapa dan Kanak-kanak, Lady Catherine Meyer pula menyifatkan perkara tersbeut sebagai sesuatu yang serius.

Produk berkenaan yang turut dijual melalui laman web juga menerima pelbagai kecaman orang ramai.

Berikutan itu, sebuah syarikat menjual pakaian bayi, Kiddicare yang turut menjual baju berkenaan, telah menarik balik jualannya namun ia menyifatkan tiada kesalahan dilakukannya ketika menjual baju tersebut.

Bagaimanapun item yang sama yang bertulis slogan `Tolong, saya diculik dan saya tidak boleh bercakap’ telah ditawarkan melalui jualan dalam talian di laman web Amazon.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button