Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

11:38 0
LONDON – Lelaki hartawan diperdaya wanita bujang untuk berasmara hingga hamil kerana mereka menganggap bayi sebagai ‘pilihan kerjaya’, kata seorang peguam terkemuka semalam.
Menurut Diane Benussi, jumlah lelaki yang termasuk dalam perangkap wanita muda dan jelita semakin meningkat.

Kata Diane, lelaki kaya dilihat mudah menjadi mangsa wanita yang malas bekerja dan anak hasil hubungan sulit itu dianggap sebagai tiket untuk hidup terjamin selama 18 hingga 21 tahun akan datang.
“Tanpa mempedulikan sama ada lelaki terbabit mempunyai isteri atau tidak, pemangsa itu boleh dianggap sebagai piranha,” katanya.
Menurut Diane, selepas mengenal pasti mangsa, wanita terbabit menggoda lelaki berkenaan untuk mengadakan hubungan seks tanpa sebarang perlindungan selepas meyakinkan mangsa kononnya dia tidak boleh mengandung atau mengambil pil pencegah kehamilan.
“Data terkini menunjukkan semakin ramai wanita malas bekerja dan berkahwin kini mencari jalan mudah mendapatkan kehidupan mewah,” katanya.
Menurut Diane, perkahwinan tidak lagi membawa makna seperti sebelum ini.
Kini, katanya, wanita mahukan anak kerana ada lebih banyak kegunaan.
“Bagi sesetengah wanita, memiliki bayi bermakna mereka memiliki kerjaya.
“Mereka diberi bayaran untuk tinggal di rumah dan menjaga anak,” katanya.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button