Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

11:33 0
KUALA LUMPUR – Pelawak trio, Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan Raja Lawak sanggup mempelajari bahasa Melayu yang lebih sopan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai panduan pada persembahan Lawak Ke, Der? Di Istana Budaya di sini pada 4 dan 5 Februari lalu.
Menurut Johan, beberapa hari sebelum pementasan itu, dia dan Zizan telah bertemu dengan beberapa pegawai di DBP bagi mendapatkan nasihat dan mempelajari perkataan dan ayat yang lebih sopan serta sesuai mereka gunakan pada persembahan lawak jenaka sulung di panggung tersebut.

“Banyak perkataan yang kami pelajari dan pada masa sama ada yang perlu kami elakkan. Contohnya mengelakkan daripada penggunakan perkataan seperti celaka yang agak kasar bunyinya. Kami misalnya, menggantikan perkataan itu dengan perkataan jahanam yang lebih sopan.
“Kami mahu menjaga sensitiviti para penonton kerana tidak mahu dikatakan kurang ajar dalam menggunakan perkataan yang tidak sesuai. Maklumlah Istana Budaya ada kelasnya yang tersendiri dan persembahan kami itu turut ditonton oleh golongan kanak-kanak dan VIP,” ujarnya.
Lawak Ke, Der? bukan setakat dijayakan oleh Jozan tetapi persembahan yang mengenakan tiket RM53 hingga RM353 itu turut dijayakan oleh kumpulan Osbon (Os, Abon), Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik), Nabil Raja Lawak dan pelawak stand-up komedi, Harith Iskander.
Persembahan anjuran Istana Budaya itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton di mana lebih 80 peratus tiketnya telahpun habis dijual dan pada 10, 11 dan 12 Februari ini para pelawak terbabit sekali lagi akan menemui para penonton dengan persembahan terbaru mereka.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button