Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

07:05 0

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mendakwa ada seorang pemimpin parti pembangkang telah mengintip pergerakan beliau selama tiga bulan bagi mengetahui secara terperinci perjalanan hidupnya.

Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata ketaasuban anggota berkenaan, yang disifatkannya masih muda dan 'lelaki jambu' itu, seolah-olah mahu merampas jawatan yang disandangnya.



'Sebenarnya individu ini mahu menjadi Ketua Wanita Umno dan Wanita BN (Barisan Nasional) memandangkan Wanita mempunyai ahli seramai 1.3 juta berbanding parti yang dipimpin beliau itu tidak ramai ahli,' katanya di sini kelmarin.

Datuk Seri Shahrizat berkata pihaknya bercadang menghantar pakaian berwarna merah dan putih bagi menghargai hasrat yang diidamkan individu berkenaan.

Secara jelas merujuk kepada Encik Rafizi Ramli, yang mengetuai serangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Datuk Seri Shahrizat dan Pusat Fidlot Nasional (PKN), menteri Kabinet ini berkata idea itu diberikan Wanita Umno pada satu mesyuarat baru-baru ini.

'Saya belum pernah berjumpa lelaki ini tetapi ada melihat gambarnya dan nampak 'jambu' serta cantik sekiranya beliau mengenakan pakaian yang akan kita hantar nanti,' katanya yang ditukil Utusan Malaysia.

Pada masa yang sama, Datuk Seri Shahrizat menegaskan beliau tidak akan berputus asa dalam kerjaya politik dan bersedia menghadapi cabaran, khususnya daripada pembangkang.

Sambil mengakui menghadapi cabaran hebat sepanjang tiga bulan lalu, beliau sedar semua yang berlaku itu merupakan taktik pembangkang yang mahu melemahkan semangatnya menerajui Wanita Umno.

Datuk Seri Shahrizat telah berulang kali dikaitkan dengan skandal projek berkenaan berikutan peranan suaminya di dalam National Feedlot Corporation (NFC) sebagai pengerusi, dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Encik Rafizi mendakwa RM27 juta ($11.1 juta) telah digunakan dalam pembelian tanah dan hartanah yang tiada kaitan dengan projek ternakan lembu tersebut, yang diuruskan Datuk Shahrizat dan keluarganya, lapor laman berita The Malaysian Insider.

Aset syarikat itu telah dibekukan selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button