Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

11:41 0

KUALA LUMPUR – Pelakon, penyanyi, pengacara dan model terkenal, Maya Karin akan dilantik sebagai `Goodwill Ambassador’ atau Duta Muhibah Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK).
Mynewshub.my difahamkan, Maya telah bersetuju dengan pelantikan tersebut dan majlis rasmi pelantikan dijadual diadakan di Menara Kenchana Petroleum, Solaris Dutamas di sini pada 9 Februari ini.

YOKUK adalah sebuah badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif membantu golongan kurang upaya (OKU) di Kelantan.
Maya akan bersama-sama dengan YOKUK dalam usaha murni NGO terbabit dan majlis pelantikan sebagai Duta Muhibah itu dijadual diadakan pada pukul 10 pagi.
Turut diadakan pada majlis itu adalah program pelancaran pengumpulan dana untuk membantu menampung kos pemulihan OKU di Kelantan dikenali sebagai `Menaja Pemulihan OKU Kelantan’.
Pembabitan selebriti terkenal berkenaan diharap dapat menarik seberapa banyak organisasi dan individu dalam membantu OKU khususnya di Kelantan mengubah kualiti hidup mereka.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button