Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

12:13 0

GERIK – Kini permit untuk meneroka keindahan Taman Negeri ”Royal Belum” boleh diperolehi dalam tempoh 24 jam, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, memendekkan tempoh waktu kelulusan permit itu mulai 1 Januari lepas merupakan pendekatan baru kerajaan negeri bertujuan mengalakkan pelancong, khususnya dari luar berkunjung ke destinasi itu.

“Sebelum ini pelancong asing memerlukan tujuh hari manakala pelawat tempatan selama tiga hari,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan di Pos Kenarong di taman tersebut di sini semalam dalam rangka lawatan kerja dua hari ke daerah Hulu Perak yang berakhir hari ini.

Terdahulu, Zambry mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Pulau Banding di sini, yang merupakan mesyuarat pertama tahun ini diadakan di luar Ipoh.

Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri sentiasa mengatur strategi baru bagi pembangunan Royal Belum, supaya ia memiliki daya tarikan tersendiri selain menjadi destinasi utama pelancong luar dan dalam negeri. – BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button