Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.
Showing posts with label bernama. Show all posts
Showing posts with label bernama. Show all posts
no image

0

KUALA LUMPUR – Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengingatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai status Safee Sali sekiranya Malaysia mahu menggunakan khidmat ketua pasukan kelab Indonesia, Pelita Jaya itu bagi mana-mana perlawanan persahabatan antarabangsa.

Menurut laporan portal berita Indonesia, Republika.co.id yang menggunakan tajuk `Safee dan Malaysia terancam Sanksi FIFA’, ingatan daripada PSSI bukanlah bermaksud badan induk bola sepak Indonesia itu mahu mencampuri urusan FAM.

“Sesuai dengan arahan Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA), pemain yang memperkuat liga ilegal (haram) dilarang bermain di pertandingan rasmi FIFA,” kata Wakil Ketua Komisi Disiplin PSSI, Agus Saptono.

Safee semalam menyambung kontraknya selama dua tahun dengan Pelita Jaya dan yakin dapat terus bermain dengan pasukan kebangsaan Malaysia walaupun Liga Super Indonesia (ISL) yang disertai Pelita Jaya sekarang berdepan kemungkinan diharamkan FIFA.

Setiausaha FIFA, Jerome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asian (AFC), Datuk Alex Soosay dalam surat mereka kepada PSSI sebelum ini menyatakan: “Pemain-pemain ISL tidak dibenarkan bermain dengan pasukan nasional.”

FIFA sebelum ini meminta senarai nama pemain yang bermain di ISL daripada PSSI dan nama Safee pasti berada dalam senarai itu.

“Jadi jika FIFA tahu Safee bermain, akibatnya ialah pengharaman,” kata Agus. – BERNAMA
Read More
no image

0

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini menafikan beliau memboikot mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan kerana sering tidak menghadiri mesyuarat badan itu sejak beberapa lama.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, berkata beliau bukan sengaja tidak mahu menghadiri mesyuarat itu kerana kadang-kadang surat jemputan mesyuarat itu lewat diterimanya.

“Saya tak hadir, bukan tak nak hadir, tapi (surat) jemputan kadang-kadang lewat sehari selepas mesyuarat atau sehari sebelumnya,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO itu bersama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri di sini, hari ini.

Read More
no image

0

KOTA BHARU – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan sehari ke Kelantan hari ini, dengan mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Kelantan di pejabat UMNO Negeri di sini.

Muhyiddin, yang diiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, kemudiaannya mengadakan perjumpaan dengan Barisan Nasional (BN) Kelantan di tempat yang sama.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin. Kesemua perjumpaan dibuat secara tertutup.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri dan isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman, tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 8 pagi.

Pada jam 11.15 pagi ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO mengadakan perjumpaan tertutup dengan Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh di Yayasan Kemiskinan Kelantan di Ketereh dekat sini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, kemudiannya dijadual merasmikan Majlis Pemantapan Profesion Perguruan di tempat sama.

Pada sebelah petang, beliau dijadual menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di Kuala Krai dan kemudiannya berlepas pulang ke Kuala Lumpur. – BERNAMA
Read More
no image

0

GERIK – Kini permit untuk meneroka keindahan Taman Negeri ”Royal Belum” boleh diperolehi dalam tempoh 24 jam, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, memendekkan tempoh waktu kelulusan permit itu mulai 1 Januari lepas merupakan pendekatan baru kerajaan negeri bertujuan mengalakkan pelancong, khususnya dari luar berkunjung ke destinasi itu.

“Sebelum ini pelancong asing memerlukan tujuh hari manakala pelawat tempatan selama tiga hari,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan di Pos Kenarong di taman tersebut di sini semalam dalam rangka lawatan kerja dua hari ke daerah Hulu Perak yang berakhir hari ini.

Terdahulu, Zambry mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Pulau Banding di sini, yang merupakan mesyuarat pertama tahun ini diadakan di luar Ipoh.

Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri sentiasa mengatur strategi baru bagi pembangunan Royal Belum, supaya ia memiliki daya tarikan tersendiri selain menjadi destinasi utama pelancong luar dan dalam negeri. – BERNAMA
Read More
Jurulatih Sementara Kedah letak jawatan!

0

ALOR SETAR - Jurulatih sementara Kedah Mohd Nidzam Adzha, yang menggantikan Wan Jamak Wan Hassan yang digantung tujuh perlawanan Liga Super, meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta berikutan prestasi hambar pasukan kendaliannya.
Read More

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button