Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

13:43 0

KUALA LUMPUR – Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengingatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai status Safee Sali sekiranya Malaysia mahu menggunakan khidmat ketua pasukan kelab Indonesia, Pelita Jaya itu bagi mana-mana perlawanan persahabatan antarabangsa.

Menurut laporan portal berita Indonesia, Republika.co.id yang menggunakan tajuk `Safee dan Malaysia terancam Sanksi FIFA’, ingatan daripada PSSI bukanlah bermaksud badan induk bola sepak Indonesia itu mahu mencampuri urusan FAM.

“Sesuai dengan arahan Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA), pemain yang memperkuat liga ilegal (haram) dilarang bermain di pertandingan rasmi FIFA,” kata Wakil Ketua Komisi Disiplin PSSI, Agus Saptono.

Safee semalam menyambung kontraknya selama dua tahun dengan Pelita Jaya dan yakin dapat terus bermain dengan pasukan kebangsaan Malaysia walaupun Liga Super Indonesia (ISL) yang disertai Pelita Jaya sekarang berdepan kemungkinan diharamkan FIFA.

Setiausaha FIFA, Jerome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asian (AFC), Datuk Alex Soosay dalam surat mereka kepada PSSI sebelum ini menyatakan: “Pemain-pemain ISL tidak dibenarkan bermain dengan pasukan nasional.”

FIFA sebelum ini meminta senarai nama pemain yang bermain di ISL daripada PSSI dan nama Safee pasti berada dalam senarai itu.

“Jadi jika FIFA tahu Safee bermain, akibatnya ialah pengharaman,” kata Agus. – BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button