Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

08:00 0
Sebelum ini kecoh mengenai kontroversi antara Watie Elite dan Joey mengenai kisah percintaan mereka. Ia bermula ketika mereka berdua bertemu di set penggambaran ‘Blues Pasar Tani’.

Namun begitu, tiba-tiba sahaja dikejutkan dengan berita panas ini. Menurut mStar Online, Watie dan Joey sudah bernikah pada penghujung tahun 2011 secara diam-diam dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat mereka sahaja.

Saya tidak boleh mengiakan atau menafikan tentang status hubungan saya dan Joey. Mungkin kami akan membuat satu sidang media khas pada bulan depan berkaitan hal itu. Kami mahu keadaan ‘panas’ yang pernah dilalui Joey pada tahun lalu reda sepenuhnya sebelum kisah mengenai hubungan kami dijelaskan kepada umum. – dipetik dari mStar Online.

Untuk pengetahuan, kedua-dua mereka pernah berkahwin dengan orang lain sebelum ini dan masing-masing mempunyai anak yang berumur 5 tahun iaitu Zidani dan Ahmad Afif Danial.

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Watie Elite dan Joey. Semoga bahagia ke anak cucu hendaknya.


  • No related posts.
  • 0 comments

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    close button