Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

10:00 0
Air dicincang tidak akan putus. Susulan kisah Azwan Ali disiasat kelmarin selepas laporan polis yang dibuat oleh adiknya sendiri, Ummi Halfida, semalam mereka berdua telah pun membuat satu sidang media untuk mengumumkan perdamaian.



Kalau anda malas untuk menonton video di atas, mungkin kata-kata Azwan Ali di sidang media semalam membolehkan anda memahami dengan lebih mendalam apa yang terjadi:-


Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan… Sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan. Dia (Ummi Hafilda) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak


Selama ini Ummi Halfida dan Azwan Ali sudah pun tidak bertegur sapa selama 7 tahun. Hikmahnya terjadi perkara ini ialah mereka berdua telah berbaik semula. Semoga hubungan yang terjalin ini akan terus kekal mesra untuk selamanya.Kalau nak bergaduh, ingatlah ibu anda berdua.

Apa pun, kepada pengikut Twitter Azwan Ali, Azwan Ali telah berjanji yang dia tidak akan menulis tentang politik lagi selepas ini. Jangan ada yang kecewa pulak

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button