Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:44 0
BALIK PULAU 17 Jan. - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau hari ini kesal dengan perbuatan khianat pihak tertentu yang membakar kain rentang iklan Barisan Nasional yang dipasang di tepi jalan di Simpang Empat di sini.

Ketuanya, Aziaan Ariffin berkata, kain rentang yang bertulis “Untuk Kesejahteraan Anda Undilah Barisan Nasional” itu dibakar dipercayai pada waktu tengah malam.

Katanya, Pemuda UMNO bahagian itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

Beliau berkata, kain rentang itu dipercayai disimbah petrol dan dibakar kerana satu bekas yang diisi petrol telah dijumpai di tempat kejadian. "Tindakan mereka (yang membakar kain rentang) mungkin disebabkan kegelisahan kerana rakyat dikawasan ini mula menyokong Barisan Nasional dan ramai yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya kepada pemberita di sini hari ini. — BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button