Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:44 0
SEMPORNA 17 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penjualan Proton Holdings Bhd (Proton) oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) kepada DRB-Hicom Bhd tidak akan mengubah identiti Proton sebagai kereta nasional.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau berkeyakinan langkah Khazanah itu akan memastikan kereta nasional tersebut terus berdaya saing di pasaran automotif dunia.

"Saya tak fikir langkah itu akan melenyapkan fungsi Proton sebagai kereta nasional. Bagi kita, ia masih lagi kereta nasional kerana ia masih di tangan rakyat Malaysia dan diurus oleh bumiputera Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan penjawat awam daerah Semporna di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini. - BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button