Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:40 0

SEPERTI diramal, aktres jelita Kate Winslet berjaya mencatat namanya menang kali ketiga anugerah Golden Globe selepas diumumkan pemenang Aktres Terbaik Mini Siri, Filem TV menerusi Mildred Pierce terbitan HBO.


Pada acara berprestij ke-69 anjuran Hollywood Foreign Press Association berlangsung di Beverly Hilton Hotel, Beverly Hills California, Amerika Syarikat semalam, pencalonan kedua Kate menerusi filem Carnage untuk kategori Filem - Komedi atau Muzikal memihak pada Michelle Williams membintangi My Week with Marilyn.


Dalam kategori lelaki pula, Jean Dujardin yang tercalon pertama kali menerusi The Artist muncul pemenang manakala Idris Elba membintangi Luther merangkul anugerah Aktor Terbaik Mini Siri, Filem TV.

Rezeki Dujardin bersama The Artist bagaikan membawa tuah apabila filem itu turut menang kategori Filem Terbaik - Muzikal atau Komedi dan Skor Asal Terbaik diberikan kepada Ludovic Bource. The Artist membawa genre romantik komedi mengisahkan kegemilangan pelakon veteran, George Valentin ketika mencipta nama di Hollywood pada 1927.





Menariknya, kejayaan filem ini meraih pencalonan terbanyak dalam enam kategori ini pernah mencipta kejayaan Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik pada acara New York Film Critics Circle Awards diadakan November tahun lalu dan dijangka mampu meraih Oscar nanti.





Kategori Filem Terbaik - Drama pula mengangkat The Descendents menyaksikan pelakon utamanya, George Clooney menang Aktor Terbaik. Antara penerima anugerah, kenangan manis dikongsi aktres senior, Meryl Streep menang buat kali kelapan. Pelakon berusia 62 tahun ini menang kali ketiga Aktres Terbaik Filem - Drama menerusi The Iron Lady memaparkan lakonannya menghayati watak bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher.

Mengikut rekod, Meryl pernah menang Aktres Terbaik Filem - Komedi atau Muzikal sebanyak dua kali menerusi The Devil Wears Prada pada 2007 dan Julie & Julia (2010). Kali pertama, beliau menang Aktres Pembantu Terbaik menerusi Kramer vs Kramer pada 1980.

Pada anugerah kali ini, kategori Siri TV - Drama tidak kurang menarik apabila Kelsey Grammer membintangi Boss menang Aktor Terbaik manakala Aktres Terbaik, Claire Danes membawa kegembiraan untuk Homeland turut menang Siri TV - Drama Terbaik. Drama Downtown Abbey tercalon dalam empat kategori, tetap berjaya diangkat Mini Siri atau Filem TV Terbaik.

Di sebalik fokus aktor dan aktres terbaik, pertembungan dua pengarah tersohor, Martin Scorsese mempertaruhkan filem arahannya, Hugo manakala Steven Spielberg bersama War Horse untuk kategori Pengarah Terbaik menyaksikan Scorsese menjadi pilihan juri sebagai pemenang.

Spielberg pula tidak pulang tangan kosong apabila filem arahannya, The Adventures of Tintin berjaya menang anugerah Filem Cereka Animasi Terbaik.

Rakan mereka, Woody Allen juga berbangga dengan kemenangan Lakon Layar Terbaik menerusi Midnight in Paris. Penyanyi popular, Madonna yang diumumkan pemenang Lagu Asal Terbaik Filem menerusi W.E, tentunya berbangga kerana filem genre drama romantik ini adalah karya dan arahannya sendiri mengisahkan percintaan dilalui King Edward VIII.

Turut mencuri tumpuan, drama Modern Family menang Siri TV Terbaik - Muzikal atau Komedi, Octavia Spencer membintangi The Help (Aktres Pembantu Terbaik), pelakon Episodes, Matt LeBlanc (Aktor Terbaik Siri TV - Muzikal atau Komedi).




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button