Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

18:01 0





Kepada pengguna jalanraya dan lebuhraya, berhati-hati ketika memandu terutamanya pada musim hujan ini. Patuhilah hadlaju yang ditetapkan dan elakkan kecuaian semasa memandu. Berikut adalah tip pemanduan berhemah:-

1) Anda dikehendaki mengenalpasti laluan yang akan diambil untuk mengelak memandu dalam keadaan teragak-agak. Tentukan terlebih dulu kawasan rehat dengan menggunakan peta.

2) Dapatkan rehat mencukupi. Elakkan diri memandu di tengah malam ataupun awal pagi kerana ketika itulah tubuh memerlukan masa rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja atau makan menyebabkan anda letih dan mengantuk.

3) Elak mengambil ubat yang tidak bersesuaian. Elak mengambil minuman atau ubat yang beri kesan mengantuk

4) Buang perasaan negatif.Hindarkan Perasaan Negatif seperti marah, kecewa dan teragakagak sebelum memandu Perbuatan berkenaan boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju dan secara berbahaya.

5) Periksa Kenderaan terutama sebelum memulakan perjalanan jauh.Periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan air radiator. Selain itu periksa bahagian lampu utama, lampu isyarat, lampu brek dan lampu syarat kecemasan. Anda juga dikehendaki memeriksa bahagian penting tayar seperti tekanan angin, keadaan tayar dan tayar gantian. Periksa bahagian brek seperti minyak brek, brek tangan dan keberkesanan brek serta memeriksa getah pengelap cermin.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button