Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:37 0

MERASAI fantasi dunia bunian dan bersilat antara pengalaman baru perlu dilalui pelakon jelita, Siti Saleha Baharum menerusi lakonan dalam filem baru bertajuk Pak Pung.

Sekalipun sudah banyak kali membintangi drama dan telefilem, filem Pak Pung adalah penampilan pertama�nya berlakon di bawah arahan sulung Fauzi Nawawi.

Siti turut bergandingan bersama hero muda kian meningkat, Hairul Azreen. Filem ini turut dibintangi ramai pelakon berpengalaman seperti Datuk Eizlan Yusof, Saiful Apek, Amber Chia, Marsha Londoh, Lisdawati, Zulkifli Ismail dan Fauzi sendiri.
“Bagi saya, Pak Pung satu filem ‘cool’. Ia mengenai dunia persilatan Melayu dan alam fantasi mengenai kehidupan orang bunian.





“Menariknya, filem ini mengubah karakter saya yang lemah-lembut kepada seorang yang perlu bersilat dan bagi saya, ia sukar kerana pergerakan menguji kelasakan diri.




“Memang sukar kerana fizikal saya kelihatan kurang sesuai tetapi saya tetap cekal dengan cabaran baru. Lagipun, aksi insan bunian dengan gerak silat mampu beri impak tambahan.
“Apapun, seni silat juga memberi pengalaman baru memandangkan genre kali ini adalah filem. Bukan saja mengukuhkan sifat dalaman diri tetapi menyesuaikan diri dengan cabaran baru datang setiap hari dan berlainan,” katanya.
Dalam filem Pak Pung terbitan 9 Country Creativity Sdn Bhd, Siti memegang watak sebagai Putri Serapik, iaitu anak kepada penghulu bunian lakonan Eizlan.
“Kebetulan saya, tidak pernah berlakon bersama Eizlan dalam mana-mana drama.

Bukan itu saja kehadiran pelakon baru seperti pelakon Ponti Anak Remaja, Hairul Azreen kali pertama dikete�ngahkan sebagai hero utama dalam filem ini.
“Dengan penggambaran sedang berjalan sekarang, saya harap memberikan lakonan terbaik.
“Paling penting bekerjasama dan menimba ilmu bersama ramai pelakon berpengalaman ditonjolkan dalam Pak Pung,” katanya.
Saleha sebelum ini pernah terbabit dalam beberapa lakonan drama seperti Nora Elena untuk slot Akasia TV3 bersama Aaron Aziz serta Habil & Qabil, Ustaz Amirul dan beberapa telefilem lain seperti Kekasih Awal dan Akhir, Bersalji di Kuala Lumpur dan Aku Untuk Siapa.
“Buat masa ini juga, saya sedang menjalani penggambaran Kerat 14 arahan Arvinder Singh. Ini filem kedua selepas Pak Pung dan saya harap rezeki berlakon filem akan terus datang, insya-Allah.
Sekarang pun sedang menjalani penggambaran untuk dua filem ini serentak dan sangat mencabar,” katanya.
Filem Pak Pung dijang�ka ditayangkan di pawagam pada Mac 2013.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button