Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:44 0

“SAYA doakan dia berjaya hindari fitnah yang melanda diri dengan penuh sabar dan matang. Sebagai bekas suami dan dulunya pernah seketika hidup bersama, saya sentiasa memberi sokongan kepada bekas isteri.

“Pada pihak yang tidak bertanggungjawab, hentikanlah perbuatan menceroboh ‘privasi’ orang. Kasihan pada individu yang teraniaya,” kata Hattan sewaktu diminta memberikan komen berhubung kenyataan bekas isterinya, Farah Ashikin, yang akhirnya tampil memberi kenyataan mengenai isu cerai dan gambar intimnya dalam sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini.

Hattan yang menikahi Farah pada 11 November 2011, bercerai talak satu pada 12 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, selepas dua bulan melayari rumah tangga.
Perceraian pasangan ini dipercayai berpunca ekoran penyebaran gambar intim Farah dengan bekas teman lelakinya yang diambil lima tahun lalu.





Foto berkenaan yang pernah tersebar pada 2010 sehingga memaksa Farah membuat laporan polis untuk menjaga reputasinya sebagai usahawan berjaya, kembali hangat diperkatakan tatkala Hattan dan isterinya masih mengecap kemanisan pengantin baru.




Tidak lama kemudian mereka dikatakan bercerai, justeru ramai yang percaya penyebaran foto itu punca menggugat hubungan mereka sehingga akhirnya mengambil keputusan berpisah.
“Saya kalau boleh tidak mahu memberikan sebarang komen dan mahu tutup buku mengenai hal ini. Provokasi yang dilakukan banyak pihak buat benda kecil jadi panjang cerita,” katanya.
Popular dengan lagu Mahligai Syahdu, Hattan menambah lagi, sebagaimana pernah dimaklumkannya sebelum ini, perceraian dengan bekas isterinya itu dilakukan secara baik.
“Sebenarnya tiada isu yang perlu dibangkitkan kerana saya bercerai dengan Farah secara baik. Seperti pernah saya katakan sebelum ini, punca kami bercerai bukan disebabkan gambar itu.
“Saya anggap perpisahan kami ini urusan Allah SWT dan Dia tahu apa yang terbaik untuk makhluk-Nya.
“Kepada pihak yang terbabit dalam perbuatan menceroboh kemudian menyebarkan dengan niat mengaibkan, bawalah bertaubat.
“Sebelum bertindak sebegitu, cuba fikir perasaan orang. Farah misalnya ada anak dan nama baik keluarga yang perlu dijaga. Setiap manusia pernah buat kesilapan dan beri peluang mereka untuk berubah, bukan menjatuhkan dengan cara begini,” kata Hattan yang menyerahkan segala ketentuan kepada Yang Maha Esa dalam menentukan masa depan mereka berdua.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button