Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:33 0

Kalau diikutkan daripada sifat lantang selebriti bertaraf dunia ini, memang sukar untuk percaya dakwaan sumber ini. Apatah lagi, selebriti ini sering menjadi role model, terutamanya dari segi sikap kool’nya bersama orang ramai.


Kata sumber, pada mulanya dia hanya mendengar cerita mengenai selebriti ini yang dalam diam-diam membela seorang ‘anak ikan’ sebagai penghibur dikala kesunyian. Sebagai balasan, selebriti ini menghadiahkan sebuah Penthouse kawasan elit di tengah ibu kota buat ‘anak ikan’ kesayangannya. Bukan itu sahaja, selebriti ini sanggup membuka sebuah salun rambut khas untuk peneman hatinya.


Sumber pada mulanya enggan mempercayai cerita tersebut, sehinggalah, dia sendiri terserempak dengan selebriti itu ber’shopping sakan dengan ‘anak ikan’ tersebut.


“Memang mesra gila tengok dia kehulu-hilir dengan ‘anak ikan’ dia KLCC tempoh hari. Dalam senyap, ramai yang ambil gambar. Tetapi, apabila dia perasan yang ramai orang mula mengambil gambar, dia suruh ‘anak ikan’ tu tunggu kat tempat lain. Nak coverline lah tu!” bisik sumber yang identitinya dirahsiakan.


Ish ish, memang sukar nak percaya. Selebriti ini memang dikenali ramai dengan sikap mudah mesra dan tidak kekwat. Apakan daya, kehidupan selebriti ini sering menjadi perhatian orang. Mungkin, kemesraan dia telah disalahertikan oleh segelintir orang.


Mungkin juga, kelantangan suara selebriti itu dalam sebuah rancangan realiti membuatkan sesetengah orang tidak senang duduk. Nak buat macam mana, hati orang busuk kan? Harap, selebriti itu tidak melatah dengan cerita-cerita kurang enak ni.


  • No related posts.

  • 0 comments

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    close button