Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

23:27 0


Pasti ramai yang sudah tahu mengenai gosip dan kontroversi yang melanda Muhamad Riza, tunang Izreen Azminda.

Tidak tahu dari mana datangnya angin yang bertiup, Muhamad Riza yang hanyalah seorang krew produksi tiba-tiba dituduh dengan pelbagai isu seperti kes menggugurkan anak ketika bersama Rafeda dan juga pernah berkahwin dengan Julia Daud, janda Badrul Muhayat. Nak kata ada orang dengki, Izreen Azminda hanyalah seorang pelakon yang sedang meningkat naik juga. Tidaklah keterlaluan kalau OHBULAN! kata yang ini kontroversi murahan saja.

Ingin mendapatkan kepastian, wartawan OHBULAN! telah menghubungi Izreen Azminda untuk mendapatkan penjelasan terbaru dari mulut sendiri. Untuk pengetahuan, Izreen dan Riza sudah bertunang pada 1 Januari 2012 yang lepas.

“Saya sudah mengenali Riza dari tahun 2010 lagi, tapi pada awak itu kami hanya berkawan biasa,” ujar Izreen memulakan perbualan.

Izreen turut menjelaskan bagaimana mereka secara tiba-tiba jatuh cinta selepas kontroversi diantara Izreen dan Johan Asari.

“Cinta ni datang dengan spontan, kami tak rancang langsung. Kalau orang kata saya bertunang sebab nak lupakan Johan, itu salah sebab buat apa nak suka dekat orang yang tak suka kita? Saya tak gila lagi dan itu syok sendiri namanya.”

Ditanya mengenai e-mail yang telah tersebar dikalangan wartawan, Izreen memberitahu dia juga sudah membaca e-mail tersebut yang telah menjadi punca masalah dan kontroversi yang menimpa dirinya. Izreen menjelaskan bahawa e-mail tersebut sebenarnya telah disalah tafsir, perkataan “berkahwin” dengan Julia sebenarnya ialah “berkawan” dengan Julia. Berkawan jenis apa, kami sendiri tidak tahu.

“Sebenarnya orang yang mendapat e-mail itu telah tersalah tafsir perkataan tersebut dan menyebabkan semua orang salah faham. Sebenarnya, saya pun sudah tengok gambar Riza yang dikatakan kontroversi itu sebelum saya rapat dengan dia lagi. Sebab ianya sudah tersebar di kalangan krew produksi. Tapi sekarang saya sendiri tak sangka Riza akan jadi bakal suami,” jelas Izreen.

Ditanya mengapa kontroversi ini tersebar sedangkan Riza hanyalah seorang krew produksi, Izreen menjelaskan, “Saya sendiri tidak tahu kenapa ada orang yang hendak buat begini, tapi kalau nak glamour, jadi artis je senang!”

Izreen yang merancang untuk mengadakan majlis pernikahan bersama Riza pada 31 Ogos ini memberitahu bahawa kini dia sudah tidak kisah lagi dengan kata-kata orang.

“Saya dah tak kisah langsung dengan apa orang nak kata, semua orang ada sejarah sendiri. Benda dah lepas tak elok jika diceritakan balik.”

Izreen turut meminta agar peminat dan semua orang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

“Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik untuk saya dan Riza. Biarlah saya mulakan hidup baru saya bersama dia,” kata Izreen mengakhiri perbualan.

Namun begitu, kebanyakan jawapan Izreen yang telah mendapat penjelasan dari Riza sebenarnya banyak bercanggah dengan cerita yang OHBULAN! dapat dari e-mail terbaru. Namun siapa tahu kan, dalam dunia ini ada ramai pendengki, ada juga ramai penipu, cuma siapa mereka, kita tidak tahu.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button