Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:26 0

RM20.2j peruntukan awal wujud daerah baru Kuala Nerus


19/01/2012 10:31am


KUALA TERENGGANU 19 Jan. - Kerajaan Terengganu telah menyediakan peruntukan awal sebanyak RM20.2 juta bagi persiapan untuk menjadikan Kuala Nerus sebagai daerah baru di negeri itu.


Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri berkata, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan berkenaan baru-baru ini bagi mewujudkan pelbagai pejabat seperti Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, Jabatan Hal Ehwal Agama dan sebagainya seperti yang ada di daerah lain.


"Itu merupakan peruntukan awal untuk mewujudkan pusat pentadbiran daerah.


“Peruntukan itu sebenarnya akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan,” katanya selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal di sini hari ini. - BERNAMA


0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button