Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:26 0
ALOR SETAR 19 Jan. - Sama ada keputusan mahkamah memihak kepada kerajaan dan Majlis Fatwa Kedah atau tidak, projek Aman Central berharga RM500 juta akan dilaksanakan mengikut jadual, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau bagaimanapun yakin Jawatankuasa Madrasah Salihiah, Kancut yang memfailkan writ di Mahkamah Tinggi Alor Setar 9 Januari lepas untuk menghalang madrasah itu dirobohkan akan mengubah pendirian mereka.

Writ saman tersebut akan didengar pada 6 Februari ini.

"Saya fikir masalah ini akan selesai... projek mercu tanda baru bandar raya Alor Setar ini akan diteruskan. Kalau mahkamah tahan tidak boleh roboh tak apalah. Biar surau tu dok di situ. Kita akur keputusan mahkamah.

”... jika keputusan mahkamah mengendalakan projek ini, saya lawan, kerana Aman Central akan memajukan Alor Setar selain menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 2,000 orang,” kata Azizan. - BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button