Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:27 0

SWANSEA (Wales): Arsene Wenger akur kelemahan pertahanan Arsenal menyebabkan peluang pasukannya merebut kedudukan empat pasukan terbaik Liga Perdana terjejas.


Benteng Gunners goyah angkara aksi buruk pertahanan tengah Jerman, Per Mertesacker hingga menyebabkan Arsenal tumpas mengejut 2-3 di tangan Swansea, kelmarin dan Wenger nyata tidak puas hati.




Kekalahan berturut-turut dalam kempen liga menyaksikan Arsenal ketinggalan empat mata di belakang pasukan tangga keempat, Chelsea dan 10 mata di belakang Tottenham di tempat ketiga sekali gus mengancam kedudukan mereka memburu tempat ke saingan Liga Juara-Juara.


Wenger mengaku bahagian pertahanan skuadnya perlu segera meningkatkan prestasi dan berkata: “Saya fikir ada kelemahan yang perlu diperbaiki, seperti apabila kami berjaya mengikat kedudukan 2-2, kemudian terus melakukan kesilapan.




“Bagi saya apa yang dilakukan pemain sama seperti perlawanan menentang Fulham apabila mereka gagal mengawal bola dengan baik. Pertahanan kami gagal berfungsi dengan baik dan kerana itu kami tewas.




“Bila kami berjaya mengikat kedudukan 2-2, saya fikir kami berpeluang untuk menang perlawanan itu kerana kami tampak berbahaya.



“Penjaga gol lawan beraksi cemerlang dan berjaya menyelamatkan beberapa percubaan. Kami terlepas beberapa peluang dan itu memang sukar untuk dijelaskan.




“Apapun tahniah buat Swansea. Mereka bermain dengan baik dan berhak menang.” Wenger turut mengkritik pengadil, Michael Oliver kerana menghadiahkan penalti kepada Swansea yang disifatkannya sebagai tidak tepat.



Robin van Persie meletakkan Gunners di depan pada minit kelima sebelum Oliver memberikan sepakan penalti 11 minit kemudian apabila Nathan Dyer terjatuh selepas dikasari Aaron Ramsey yang didakwa Wenger sebagai ‘sengaja dilakukan pemain lawan itu’.




Scott Sinclair menyempurnakan sepakan penalti itu dan Dyer turut mencipta nama selaku penjaring sebelum Danny Graham menghasilkan gol kemenangan pada minit ke-70, beberapa saat selepas Theo Walcott menyamakan kedudukan. - AFP




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button